Tahukah Anda ?
Sejarah Penggunaan `Napkin’

Pada zaman Empayar Rom, mereka menggunakan dua `napkin’. Satu untuk diikat dileher dan satu untuk digunakan untuk mengesat jari-jari selepas makan.
Mereka membawa `napkin’ sendiri ke majlis and membawa pulang makanan bersama.
Di zaman Pertengahan, `napkin’ adalah sebesar tuala mandi yang mewah. Tetamu menggunakannya dan juga alas meja untuk mengesat makanan di tangan atau di mulut.
Di zaman Renaissance pula, `napkin’ digunakan bagi melindungi `fancy lace collars’ yang terdapat pada pakaian lelaki.
Pada tahun 1800’s, `napkin’ masih lagi besar namun mereka telah mula meletakkannya di peha ketika makan tanpa melipatkannya.
Pada zaman moden ini, mengikat napkin di leher mencerminkan bahawa anda mungkin agak gelojoh atau lebih berminat terhadap makanan lebih dari perkara yang lain. Penggunaan `napkin’ hanyalah untuk mengesat cebisan makanan di sudut bibir sahaja dan `napkin' lebih bersih berbanding beratus-ratus tahun dahulu.
